Jumaat, 20 Februari 2009

TEMAN..!!!

Bestkan kalau kawan ramai dan banyak,macam-macam boleh wat tapi kita kenalah pandai jaga hati kawan ni.Kawan bukan robot yang boleh dicubit,disepak,diteranjang dan ditelanjang...eeh tershasul lak..maaf yea kawan.Dalam kita berkawan mesti ada Geng yang tertentu...ada Geng baik,ada Geng Nakal,ada Geng pondan dan macam-macam Geng.Tambahan pula Geng-geng nilah yang menyemarakkan kebenaran sifat seorang teman kita.
Begini ceritanya...mula-mula melihat wajahnya umpama budak bek atau skema lah yang boleh ana tuliskan ni.Nak cakap malu,nak berbual takut,nak tegur serba salah rasa hati ini.So dengan keberanian yang ada Ana terus jer tegur dia tanpa rasa segan silu. Mula-mula berkenalan macam biasalah kan!!!




eh asal mne???


Aku asal Kuala Lumpur... ko lak orang mana?


ak Johor kat Batu Pahat...pernah pergi kat sana?


tak pernahlah...


Ala..Johor ngan K.L sama jew...banyak maksiat.. tul tak?


Betul la tu..


Lupa aku nak tanya kat ko... ape nama?


Leman...ko lak?


aku Azizul tapi panggil jew Uda...


apa Uda...Pak uda ker?


Ni Uda Muda taw....hahahaah

Daripada Gelak ketawa ni lah daripada sepasang menjadi tiga pasang,asyik-asyik nak bersama-sama...kemana ada Uda disitu ada Dia...Tapi kita berkawan tak tentu masa dengan pelbagai kaedah untuk mengenali seseorang dan berbagai wajah kita tunjukkan tapi akhirnya kita akan tahu atau mengenali teman kita ini dengan lebih mendalam,Mula-mula kenal baiklah sangat tapi bila dah lama kenal perangai dialah yang boleh dijadikan Sahabat Sejati.Sentiasa bimbing teman-teman len tuk wat kebaikan cuma Ana disini jew makin lama..makin nakal...
Boleh ker kate gitu..tapi sesetengah pihak tu mula-mula punyalah baik berkawan tapi akhirnya habuk pun takda.
Apapun cari kawan ni kena pandai,silap sikit hancur leburlah jiwa kita ini dan besarlah nafsu ini.Janganlah pilih kawan yang berharta kerana suatu hari nanti dia akan mengungkit dan kita ingin kan keseronokan setiap masa tapi pilihlah kawan yang berhartakan ilmu bukan wang disisinya kerana akan menjadi pembantu dan membawa kejayaan yang besar dalam kehidupan ini.So Geng yang perlu kita pilih adalah Geng yang inginkan kebaikan itu diteruskan dengan sentiasa ingat-mengingati antara satu sama len.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan