Khamis, 19 Februari 2009

JoM BiNa HidUp DaLam KeSejAhteraAn..!!!




1: MENJAUHI PERKARA-PERKARA YANG DIHARAMKAN
Untuk mencaoai darjat para muttaqin, siddiqin, a'bidin dan solehin, seseorang itu perlu berusaha sedaya upaya menghindari dirinya dari terjerumus ke dalam maksiat dan haram seperti makanan, minuman,perbuatan, tutur kata, pendengaran, penglihatan dan tindakan. Usaha untuk menghindri perkara-perkara ini amat rumit kerana ia biasanya begitu hebat mempersonakan keinginan dan kecenderungan hati.

2: RELAKAN PENGURNIAAN DARI ALLAH
Untuk mencapai ketenangan jiwa, seseorang muslim itu haruslah membentuk sifat-sifat qanaah (berpada) sifat tidak tamak dan haloba dalam memenuhi keperluan hidup apabila ia merasai cukup dan rela serta bersyukur maka ia merasa dirinya selaku prang yang paling kaya di dunia.

3: HUBUNGAN BAIK DENGAN JIRAN
Untuk mencapai keteteraman sosial setiap muslim haruslah menjalankan hubungan yang baik dan mesra dengan jira tetangga kerana mereka adalah kelompok manusia yang paling hampir dengan kita selain ahli keluarga yang lain.

4: CINTAKAN ORANG LAIN
Islam adalah agama kasih sayang dan kedamaian dari kesesatan hidup. Ole itu, setiap muslam haruslah menaruh rasa kasih sayang terhadap orang lain sama seperti perasaan kasih terhadap diri sendiri. Apa yang tidak disukainya berlaku kepada dirinya harus pula tidak disukainya berlaku pad orang lain.

5: JANGAN BANYAK KETAWA
Ketawa pernah disifatkan sebagai 'ubat jiwa'. Akan tetapi sesuatu ubat akan berubah menjadi racun apabila berlebihan akan membuatkan seseorang itu tidak serius dalam kerja dan kehidupannya dan membuatkan hati nuraninya mati dalam keseronokan dan fikirannya tidak tajam dengan banyak ketawa.Barang siapa banyak ketawa di dunia dia akan menangis di akhirat dan barang siapa menangis dia akan ketawa di akhirat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan