Jumaat, 20 Februari 2009

TEMAN..!!!

Bestkan kalau kawan ramai dan banyak,macam-macam boleh wat tapi kita kenalah pandai jaga hati kawan ni.Kawan bukan robot yang boleh dicubit,disepak,diteranjang dan ditelanjang...eeh tershasul lak..maaf yea kawan.Dalam kita berkawan mesti ada Geng yang tertentu...ada Geng baik,ada Geng Nakal,ada Geng pondan dan macam-macam Geng.Tambahan pula Geng-geng nilah yang menyemarakkan kebenaran sifat seorang teman kita.
Begini ceritanya...mula-mula melihat wajahnya umpama budak bek atau skema lah yang boleh ana tuliskan ni.Nak cakap malu,nak berbual takut,nak tegur serba salah rasa hati ini.So dengan keberanian yang ada Ana terus jer tegur dia tanpa rasa segan silu. Mula-mula berkenalan macam biasalah kan!!!




eh asal mne???


Aku asal Kuala Lumpur... ko lak orang mana?


ak Johor kat Batu Pahat...pernah pergi kat sana?


tak pernahlah...


Ala..Johor ngan K.L sama jew...banyak maksiat.. tul tak?


Betul la tu..


Lupa aku nak tanya kat ko... ape nama?


Leman...ko lak?


aku Azizul tapi panggil jew Uda...


apa Uda...Pak uda ker?


Ni Uda Muda taw....hahahaah

Daripada Gelak ketawa ni lah daripada sepasang menjadi tiga pasang,asyik-asyik nak bersama-sama...kemana ada Uda disitu ada Dia...Tapi kita berkawan tak tentu masa dengan pelbagai kaedah untuk mengenali seseorang dan berbagai wajah kita tunjukkan tapi akhirnya kita akan tahu atau mengenali teman kita ini dengan lebih mendalam,Mula-mula kenal baiklah sangat tapi bila dah lama kenal perangai dialah yang boleh dijadikan Sahabat Sejati.Sentiasa bimbing teman-teman len tuk wat kebaikan cuma Ana disini jew makin lama..makin nakal...
Boleh ker kate gitu..tapi sesetengah pihak tu mula-mula punyalah baik berkawan tapi akhirnya habuk pun takda.
Apapun cari kawan ni kena pandai,silap sikit hancur leburlah jiwa kita ini dan besarlah nafsu ini.Janganlah pilih kawan yang berharta kerana suatu hari nanti dia akan mengungkit dan kita ingin kan keseronokan setiap masa tapi pilihlah kawan yang berhartakan ilmu bukan wang disisinya kerana akan menjadi pembantu dan membawa kejayaan yang besar dalam kehidupan ini.So Geng yang perlu kita pilih adalah Geng yang inginkan kebaikan itu diteruskan dengan sentiasa ingat-mengingati antara satu sama len.

Khamis, 19 Februari 2009

JoM BiNa HidUp DaLam KeSejAhteraAn..!!!




1: MENJAUHI PERKARA-PERKARA YANG DIHARAMKAN
Untuk mencaoai darjat para muttaqin, siddiqin, a'bidin dan solehin, seseorang itu perlu berusaha sedaya upaya menghindari dirinya dari terjerumus ke dalam maksiat dan haram seperti makanan, minuman,perbuatan, tutur kata, pendengaran, penglihatan dan tindakan. Usaha untuk menghindri perkara-perkara ini amat rumit kerana ia biasanya begitu hebat mempersonakan keinginan dan kecenderungan hati.

2: RELAKAN PENGURNIAAN DARI ALLAH
Untuk mencapai ketenangan jiwa, seseorang muslim itu haruslah membentuk sifat-sifat qanaah (berpada) sifat tidak tamak dan haloba dalam memenuhi keperluan hidup apabila ia merasai cukup dan rela serta bersyukur maka ia merasa dirinya selaku prang yang paling kaya di dunia.

3: HUBUNGAN BAIK DENGAN JIRAN
Untuk mencapai keteteraman sosial setiap muslim haruslah menjalankan hubungan yang baik dan mesra dengan jira tetangga kerana mereka adalah kelompok manusia yang paling hampir dengan kita selain ahli keluarga yang lain.

4: CINTAKAN ORANG LAIN
Islam adalah agama kasih sayang dan kedamaian dari kesesatan hidup. Ole itu, setiap muslam haruslah menaruh rasa kasih sayang terhadap orang lain sama seperti perasaan kasih terhadap diri sendiri. Apa yang tidak disukainya berlaku kepada dirinya harus pula tidak disukainya berlaku pad orang lain.

5: JANGAN BANYAK KETAWA
Ketawa pernah disifatkan sebagai 'ubat jiwa'. Akan tetapi sesuatu ubat akan berubah menjadi racun apabila berlebihan akan membuatkan seseorang itu tidak serius dalam kerja dan kehidupannya dan membuatkan hati nuraninya mati dalam keseronokan dan fikirannya tidak tajam dengan banyak ketawa.Barang siapa banyak ketawa di dunia dia akan menangis di akhirat dan barang siapa menangis dia akan ketawa di akhirat.

DuE BeLas HiKmaH SENYUM *_*

1.Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

2.pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senaman bukan sahaja berupaya menceriakan hidup anda, tetapi memberi kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut tersenyum dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman mempertahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

3.Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi), ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

4.Senyum bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi; menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

5.Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100x dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabil kita ketawa, tekanan darah dan kdar degupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar in akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.

6.Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa daripada orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara 4 hingga 6 tahun ketawa 400x sehari berbanding 15x sehari kalangan orang dewasa. Justeru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masaalah kemurungan.

7.Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua 'sterss' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

8.Dalam kejadian diatas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan di sebuah bilik tanpa berbuat apa-apa. Sampel darah di ambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotranmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan adrenaline'.

9.Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T, (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).

10.Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan, atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.

11.Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah.Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik .Senyum tidak perlu modal, cuma sekelumit rasa ikhlas yang memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedng marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.

12.Pujangga menyebut;"Seyuman itu kelopak. Ketawa itu bunga yang sempurna kembangnya"

sAtu Cerita....!!!!


1.Suatu hari seekor tikus sedang mengintip dari dalam rekahan dinding dapur sebuah rumah,melihat seorang petani dan isterinya membuka sebuah bungkusan.Ada makanan agaknya; fikirnya di dalam hati.Alangkah tekejutnya dia kerana bungkusan itu berisi perangkap tikus.

2.Sang tikus terus berlari ke ladang smbil menjerit memberi peringatan; "Awas ada! perangkap tikus di dalam rumah.Awaslah!Ada perangkap tikus di dalam rumah!"

Sang ayam mendengar dengan tenang dn terus berkokok. Sambil terus mencakar tanah,dia mengangkat kepalanya dan berkata"Maafkan aku, Sang Tikus. Aku tahu ini memang masalah besar buat kamu. Tapi pada aku secara peribadinya tak ada masalahnya. Jadi jangan buat aku pening kepala."

3.Tikus pun pergi kepada Sang Kambing, katanya "ada perangkap tikus di dalam rumah!Sebuah perangkap tikus di rumah!""Wah!Aku bersedih dengan khabar ini," Si Kambing menghibur dengan simpati. "Tetapi tak ada sesuatupun yang boleh kulakukan kecuala berdoa.Yakinlah, kamu sentiasa ada dalam doaku."

4.Tikus kemudiannya menuju Si lembu."Ha? Sebah perangkap tikus? Jadi, saya dalam bahaya besarlah ye?" kata lembu itu sambil ketawa.

Jadi tikus itupun pulanglah ke rumah dengan kepala tertunduk dan begitu bersedih, kesal dengan sikap kawan-kawannya yang membiarkannya menghadapi perangkap tikus itu sendiri.

5.Malam itu kedengaran suara bergema di seluruh rumah, seperti bunyi perangkap tikus yang berjaya menangkap mangsanya. isteri petani berlari pergi melihat apa yang terperangkap. Di kegelapan itu, dia tak perasan bahawa yang tertangkap itu seekor ular berbisa. Ular itu sempat mematuk tangannya.

6.Petani itu bergegas membawanya ke hospital.Dia ke balai ke rumah dalam keadaan demam. Sudah menjadi kebiasaan, orang akan memberikan pesakit demam panas minum sup ayam segar, jadi petani itu pun mengambil goloknya dan pergilah dia ke belakang rumahnya untuk mencari bahan untuk supnya itu.

7.Sakit isterinya berlanjutan sehingga para kenalan dan jiran tetangga datang menjenguk, setiap detik ada saja tetamu. Petani itupun menyembelih kambingnya untuk memberi makan kepada para pengunjung itu.

8.Namun,isteri petani itu tak juga sembuh. Akhirnya, dia meniggal dunia, jadi semakin ramailah orang yang datang untuk pengebumiannya. Si petani terpaksa menyembelih lembunya untuk mengadakan jamuan bagi orang yang datang.

9.Oleh itu, pentingnya kita menyedari tentang masalah yang berlaku walaupun kepada kawan kita dan perlunya kita ilmu untuk menghadapi dan menyelesaikan masalah tadi.Jangan kita mengambil sikap acuh tak acuh terhadap masalah orang lain, sedangkan bilamana kita tahu tentangnya tentu ada yang ALLAH ingin beritahu pada kita.

Cerita yang perlu kita ambil perhatianyang berkaitan terhadap insan-insan di Palestin...
TAKBIR..! ALLAHUAKBAR....!!!